Saturday, October 3, 2009

Berjuang hingga keakhir garisan demi masjid ini!

Assalamualaikum w.b.t

....sambungan....


Lepas saya bagitau yang saya nak tangguhkan ke pejabat agama, pak haji kan tak balas sms saya. Saya pun diam jer sebab tak keruan dah nak buat apa. Hari isnin malam tu, orang yang nak masuk rumah tumpangan tu nak bayar deposit. Tu yang saya kena bagitau pak haji, sebab dia nak bincang deposit tu nak masuk ke akaun ke nak serah tangan.


Tapi malamnya saya sms hp pak haji tapi pending...so memang tak berjawablah. Maka pagi esoknya iaitu hari selasa saya terpaksa sms kak aza suh dia bagitau suami hal deposit tulah. Kemudian dia ada balas sms bagitau saya, "hp abang rosak dan dia takde hp ni, apa2 hal kau sms kad no akak jer"...so lepas tu saya takdelah sangka apa2, dalam hati saya, saya harap kak aza akan bantu saya berbaik2 dengan suami sebab saya dah tak dapat berhubung dengan suami, hanya melalui hp dia jer...kalau saya telefon rumah kak aza memang tak sesuai sebab pak haji takkan nak bercakap dengan saya sampai terfikir nak menyamar suara lah....sebab macam dulu2 lah, memang dia takkan bercakap punya, lagipun saya pun tak sanggup nak berdepan kalau pak haji cakap kasar nanti kak aza dan anak2 ada situ nanti diaorang dengar pulak...malu lah!



Lepas tu saya yang hidung tak mancung pipi tersorong2 ni pagi selasa tu sms lah kak aza sebagaimana biasa dulu2 lah kan kami ni mesra sesangat...saya kata "kak bagitau abang, 3 plug kat dapur xfunction, aircond bilik bawah pun tak boleh on, syiling kat tangga bocor keluar habuk, esok kalau sihat saya datang dengan Rika kemas2, tukar cadar." Pastu dia tak balas langsung.


dalam jam 6.30 petang tu barulah dia balas. "Dah akak dah buat semua tu. Abang dah tau, dah panggil orang". Tu jer pendek sangat, hilang identiti dia yang selalunya sms panjang berjela...biasalah kan dia mamak...banyak ler ceritanya...berbelit bahasanya dengan simpulan bahasa semua. tapi kali ni eh awat pendek sangat???


dari sms tu apa yang saya tafsirkan sebenarnya dia nak cakap, DAH KAU TAKYAH DATANG, AKAK DAH BUAT SEMUA DAH....pendek kata saya tak payah campur lagilah urusan rumah tumpangan tu! sebab dia dah buat SEMUA! Ker andaian saya ni silap dan terlalu berprasangka???


Eh...terpelik pulak saya, selama ni langsung dia taknak campur, rumah tu kotorlah, habuklah...banyak benda nak kena betulkan lagilah....pendek kata memang dia susah nak jejak kaki kat rumah tu, rasa saya baru sekali jer dia tido rumah tumpangan tulah....


Rumah tumpangan tu memang macam baby saya, semua dalam rumah tu saya yang handle, disamping keluar kos hampir 10K, sayalah yang beli segala2nya dari sekecil2 barang, alas kaki, penyapu, mop, pinggan sampailah pada apa sahaja....kecuali perabot asas, katil sette dan meja makan. saya jugalah yang susah payah beli langsir, jahit langsir, gantung langsir, paku dinding, sental bilik air, sapu kotor kat segala celah2 mana dan saya jugalah yang potong rumput belakang rumah.


kak aza tak terlibat langsung. saya jugalah yang beli dan tukar cadar selama ni, sebab semua saya yang beli dan saya yang tau mana satu untuk bilik mana, pendek kata semua aspeklah....tiba2 eh dia kata dia dah buat semua tu? Peliklah saya, 'semua' tu apa, sebab dia tak pernah tengok pun apa yang saya dan Rika buat selama ni...dan langsung dia tak tunjuk minat nak ambil tau, sebab dari dulu dia nak rumah tu disewakan secara bulanan..senang kerja katanya sebab dia dah declare kata dia tak sanggup nak buat housekeeping....dia nampak macam takde potensi, sapa nak uruskan...masa tu juga dia siap bawak buyer pensyarah poli nak suh beli rumah tu, suka sangat dia kalau pak haji jual terus rumah tu...saya yang sungguh2 halang kata jangan jual, ada potensi....lagipun apalah harta yang pak haji tu ada? harapkan bini dengan anak jer yg banyak...




tapi bila saya gaduh ni, pandai pulak dia kata dia dah buat semua tu! nampak sangat dia nak singkirkan saya. Patutnya dia kena cakaplah kat saya. datang jer wa, kita kemas sama2, lagipun boleh kau jumpa abang...nanti kalau kau jumpa abang mesti dia tak cakap apa2....ni awal2 dia sekat saya dan nampak macam taknak dah libatkan saya....


saya punyalah sedih takleh nak cakap dah! rasa ya Allah macam ni rupanya nasib aku, baru gaduh macam ni dia laki bini dah singkirkan aku....marah kat suami satu hal pastu sekarang menjangkit marah kat madu pulak. Nampak kedua2nya macam bersekongkol. Sifat suami saya memang saya dah tau dah. Ego, dia takkan mengalah. tapi saya harap sangatlah yang madu saya bantu saya berbaik2 semula dengan suami. Macam saya buat pada dia setiap kali gaduh. Baru jer lagi sebelum ramadhan dia gaduh dengan suami..... saya siap paksa suh dia datang rumah tumpangan tu tido sebagai jalan berbaik2 dan ambik ati abang, sudahnya diorang berbaik depan saya pun.... Patut dia jadik orang tengah bagi saya jalan, kalaupun dia tak cuba pujuk suami. Bagilah saya sedikit ruang, takkan saya nak berbaik dengan suami dengan pergi rumah dia....nanti saya kena marah suami depan dia, saya gak malu....sekurang2nya kewujudan rumah tumpangan ni boleh jadik asbab saya nak berbaik2 semula dengan datang kemas macam biasa saya buat. Ni dia terus potong jalan yang saya dah susah payah rintis selama ni...



Tiba2 dia jadik hero pulak, boleh pulak kata dia dah buat SEMUA, hilang dah alasan dia selama ni kata habuklah, ada babylah..siap macam tak kasi saya dengan Rika datang pulak. Saya apalagi macam api kena simbah minyak tanahlah...membara dan terus membara. lagi berkobar nak datang....


Terus telefon kaunselor kat labuan, Azizah, kawan baik saya ni dalam apa keadaaan pun dia akan siap serahkan telinga dia untuk saya cerita apa sahaja masalah rumahtangga. Siap perli, hah ada masalah lah tu, baru nak call....mula2 gelak, pastu terus menangis sakan saya dengan zah....mujur dia biasa sangat dah perangai saya ni....saya kalau cakap dengan zah ni paling kurang setengah jam, tu baru intro cerita jer....yerlah panjang susur galur cerita dari tak gaduh pastu masuk pulak apa yang saya dah korban utk aza dengan jaga Zubair, jaga anak2 dia sakit....dah cerita lega sangat....walaupun akhirnya yang zah boleh cakap adalah sabarlah, fikir anak u, hani tu kecik lagi...hj tu test u jer tu, bukan u tak kenal dia dah banyak kali dah dia cakap macam tu kan...dah u jangan layan Aza, pergi jer jumpa hj buat tak tau...tulah kata kawan baik saya dunia akhirat ni....geram za ni internet ada kat rumah siap saya dah buatkan blog tapi dah member buta IT..susah betullah...kalau tak baca blog saya jer kan senang...



Malam tu, bila agak reda dan saya tenang sikit lepas dah luah kat zah, saya test sms kak aza sekali lagi. Saya sms dia, "kak tanyakan abang penapis air lama rumah saya tu nak pasang tak kat rumah sana, kalau nak esok saya suh budak tu gi sana pasang". Esoknya baru dia jawab, pendek juga, "abg kata suka ati.."


Bila style jawab macam tu saya boleh agak dah...sebab saya tau style dia sebelum ni macamana...tu jawapan yang sangat2 banyak tafsirannya, nampak macam malas nak layan saya, nampak macam eh kau boleh blahlah orang dah tak suka terhegeh2 pulak nak datang sini. Ikutkan kak aza bukan begitu orangnya, bab penapis air ni patutnya ada isu lain dia boleh tanya saya, sebab dah janji hari tu kalau budak penapis air datang, nak suh budak tu datang service penapis air kat rumah dia sama...memang kami dah bincang isu tu sebab penapis dia brand lain kira budak2 tu tolong percuma jer . Budak penapis air tu memang baik dan kamceng dengan saya...kak aza diorang tak kenal. tapi bila dia kata abg kata suka ati, macam tawaran saya tu takde membawa apa2 nilai pada dia, patut kak aza style dia dulu2 kena nyatakan yang dia sukalah sebab budak tu boleh dtg service rumah dia...pastu dia pun boleh datang jugak ambik air bersih kat rumah tu...tambah2 dia memamg concern hal2 penapis air ni. paling koman pun cakaplah bagus jugak pasang penapis air tu wa..atau cakap pasang jer wa, lagi elok ada penapis air walaupun abang kata suka ati....kan lagi manis kalau dia balas macam tu?



Nampaknya kak aza ni nak ajar saya kurang ajar.... masa ni saya mulalah terbayang macamana dia 'bertempur' dengan madu dia dulu, kak nani...sampai akhirnya dia menang! Ah mulalah saya terbayang taktik2 dia, yang licik, bukan saya tak tau cerita cerita dia, semua ada dalam tangan saya ni...malah dalam bulan ramadhan baru ni pun tetamu datang rumah saya boleh pulak bawak cerita dia dulu dengan madu dia tu...bukan saya yang korek! Allah yang hantar tetamu tu dan dia cerita kat saya hal kak aza ni..walhal dah 11 tahun benda2 tu berlaku...



dalam hati saya, nampaknya kalau aku diam diri memang aku akan tewaslah. Kecundang macam kak nani yang akhirnya menarik diri. Akhirnya gigit jari! Masa ni dalam hati saya memang membara sangat dah. Pada tahap ni bukan saya nak sangat perjuangkan jodoh saya agar berpanjangan dengan pak haji tapi dek kerana sikap kak aza saya akan melawan bermati2an hak saya sebagai isteri kedua dan saya tetap nak jadik isteri pak haji! Taknak biar dia conquer pak haji dan buli pak haji.....hah kau..... kesitu pulak dah saya fikir? Kalau dia dulu sanggup letak pisau kat leher anak dia suh suami ceraikan saya, apa yang saya buat ni jauh lebih baik...sekadar nak jumpa suami nak berbaik semula jer pun....



Pagi rabu tu saya dok bincang2 dengan Rika, nak pergi ker tak nak pergi rumah tumpangan tu? Masa ni saya dah terjanji dengan budak penapis air yang diaorang akan datang sana jam 3 petang. Masa ni kalau saya taknak ke sana, saya hanya ada dua pilihan, satu saya perlu sms kak aza bagitau abang suh tunggu budak penapis air tu kat rumah tumpangan tu atau jalan kedua saya bagi nombor hp atau rumah kak aza kat budak penapis air tu suh dia deal dengan pak haji atau kak aza terus. Tapi gerak hati saya tak mahu pilih dua2 tu...terutama sms kak aza, saya serik dah dengan jawapan2 dia yang tak berperasaan tu! sungguh sinis!



Sampai jam 2.15 petang saya tak buat keputusan lagi, saya cakap kat Rika, kita sempat 15 minit jer lagi kalau kita nak pergi, kalau taknak pergi saya akan sms kak aza....pastu Rika yang memang dah tau susur galur cerita gaduh ni dengan mendalam sebab dia terlibat dari awal, tiba2 keluarkan satu ayat yang pada saya macam letupan gunung berapi, "buk..Rika teringin nak tengok apa yang ummie kata dia dah buat semua tu"..rasa ayat tu menyedarkan saya sebab saya pun sebenarnya teringin jugak nak tengok..tapi saya takut kalau kak aza dan pak haji ada kat rumah tu saya tak tau nak bertindak macamana...takut saya tak mampu berdepan dengan semua kemungkinan yang akan berlaku.


Pada masa sama budak penapis air pun call kata diorang dah on the way nak tunggu kat mana, akak sms lah alamatnya, kata diorang. saya terus jer cakap takper akak pun on the way, kau tunggu jer kat petronas batu 4 tu. Lintang pukang kitaorang kemas barang2, kami putuskan kami gamble pergi, bak kata Rika kita pergi jer buk, gampang jer benda ni....ibuk kena perjuangkan....kena kuat. Wah tetiba dapat semangat dari Rika pulak.



Dengan persiapan tido semalaman dan pakaian spare sehelai dan sedikit peralatan dan bahan masakan kami bergerak ke sana. hati dup dap dup dap tuhan jer tahu. rasa macam nak patah balik pun ada. Yerlah mana tau sampai2 kang kalau pak haji ada terus ditalaknya saya macam saya minta awal dalam sms tu...wah tepuk tangan pulak kak aza nanti. Punah semuanya!



Pendek kata macam2 lah perasaan dalam hati ni...rasa nak pecah dada. Rika pun sibuk berdebar sama. buk...debarnya hati rika ni buk...takutlah"...wah over kami berdua....yang kelakarnya hani lelap tido sepanjang perjalanan tak tau ibu dia macam nak gugur jantung ni. Bukan sorang saya nak berdepan, tapi sekarang satu kes dengan pak haji, satu kes dengan kak aza ..kira2 saya perlu bertempur dengan dua orang sekaligus ni [andaian dalam hati saya jerlah]. Masa ni terasa sangat yang saya sudah menjadi orang asing pada suami sendiri sebab balasan sms "OK" tu lah. rasa macam saya dah bukan isteri dia pun ada...dan lagi takut2 kak aza dah tau tentang sms tu... apa reaksi dia nanti?



Aduh bila sampai rumah tu, tepat sangkaan saya, dari jauh saya dah nampak kereta satria putih kak aza parking bawah pokok dan merc suami dekat porch. Ahh takkan saya nak patah balik pulak? Budak penapis air mengikut saya belakang keter ni. Rika kata jalan jer buk jangan patah balik. saya pun kuatkan semangat. dalam hati...amboi berdua2 kau seronoknya yer..maklumlah saya sebagai penghalang dulu agaknya dah takder..selama ni sayalah yang buat segala2nya, baik pak haji mahupun kak aza, sebagai pemerhati jer....sayalah yang kehulu kehilir....sampai pasang lampu pun sayalah juga....kali ni sakan mereka berdua bolehlah pulak berganding bahu buat bersama??? terfikir pulak nak tinggalkan ajer budak tu kat situ dan kami patah balik seremban tapi tal sempat dah nak fikir panjang...



Masa ni budak penapis air dah jalan ke depan dah...nak tak nak terpaksa jugak saya turun kereta membontoti diorang. Rika saya pesan bawak badan jer, barang2 kita jangan keluarkan dulu. taktik jugak tu, mana tau plan kami berubah....takut2 jugak kami sedang diperhatikan. Masa saya sampai tu dan nak masuk ke dalam rumah kebetulan suami pun pandang ke arah saya...mukanya toksah cakaplah masam mencuka...tapi dia terpaksa cover sebab ada 3 orang budak penapis air yang automatik terus salam dan tuju ke sinki dapur...


Saya yang dah berdepan dengan suami terpaksalah ke arah dia, terus hulur tangan nak salam...dan dia pun ternampak ada garis diwajahnya seolah nak tersenyum sinis pada saya...agaknya dia kata, hah datang jugak kau mengadap yer..pandai pun minta maaf...dan pada ketika tangan kami bertaut dan saya mencium pertama kalinya tangan suami di syawal ini, terus saya rasa menyelinap ke seluruh jiwa raga saya yang sesungguhnya masjid kami bina ni memang selalu bergegar dan kadang2 sampai 8 skala richter lagaknya cuma tak tsunami jer lagi tapi hakikatnya ia masih utuh..sukar sekali mahu dirobohkan baik oleh tuan punyanya mahupun unsur luar! dan cinta kami bersemi dan bertaut kembali.


Saat itu juga terus dipautnya hani menggunakan tangan kanannya dan terus didudukkan atas meja makan dan nampak dari ekor mata saya dicium bertalu2 anak dara saya tu ...dan dalam hati saya menitis air mata kesyahduan....sesungguhnya hani adalah anak gadis ayahnya yang lain dari yang lain...hubungan mereka akrab walau sesekali berjumpa, tak sama macam hubungan pak haji dengan hani syakirah.... nampak sangat sayang sungguh dia dengan hani...sebab hani anak yang mudah dan tak banyak permintaan pada ayahnya...


dalam hati saya bersorak keriangan dan terdetik.....Alah bukan susah pun nak handle pak haji ni, merajuk senang.....nak pujuk pun lagi senang....cuma egoisnya tu pantang dicabar. Lagi2 kalau saya yang mulakan....cepat jer dia sahut cabaran saya! nampaknya malam ni dalam genggaman sayalah....fuhhh habis satu episod gaduh & cerai..eh banyak dah episod gaduh dan cerai ni kan?



Eh..tak habis kat situ tau cerita ni...ni saya belum cerita part kak aza pulak, masa peristiwa saya yang kat atas ni, kak aza ada kat tingkat atas rumah tau....saya tak tau dia tengah buat apa...tapi sangkaan saya rupanya benar belaka. Macamana sinisnya sms dia pada saya rupanya didepan mata pun bagitu juga. tak pernah lagi saya berdepan dengan kak aza yang seperti semalam....lain benar dia, seperti bukan dia. Ada riak marah, ada riak meluat, benci dan macam2 lagi...yang peliknya dia tak bercakap dengan saya sepertimana biasa....kalau dia begitu saya apatah lagi, nak bercakap pun tak berahi....pandang wajah dia pun saya taknak....panjang lagi cerita saya ni...akan disambung lagi nanti kalau korang tak jemu membacanya...













Wassalam

No comments: